Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) memberi peringatan terhadap ancaman coronavirus COVID-19 ke peringkat tertinggi susulan kes di Korea Selatan meningkat dan kebimbangan epidemik terjadi di Amerika Syarikat (AS).
Sejak beberapa minggu ini, virus ini sudah merebak ke seluruh mengakibatkan pasaran dunia mengecil ke peringkat terendah sejak krisis kewangan global 2008 dan ia dibimbangi mampu menimbulkan kekacauan dalam ekonomi dunia.
Lebih 2,900 penduduk dunia sudah meninggal dan 85,000 lagi dijangkiti sejak ia mula-mula dikesan di Wuhan, China, tahun lalu.
Jangkitan menular pantas di China tetapi kes harian dilaporkan berlaku di luar negara itu dengan Korea Selatan, Itali dan Iran menjadi lokasi panas.
Pada Sabtu, Korea Selatan menjadi negara yang mempunyai kes terbanyak di luar China dengan 3,150 jangkitan dengan 813 pesakit.
Presiden Korean Utara pula, Kim Jong Un mengeluarkan peringatan kepada pegawai tertingginya mengenai ‘kesan serius’ jika kegagalan mencegah penularan itu di sempadan.
Negara yang dilihat lemah dan kekurangan dari sistem penjagaan kesihatan itu sudah menutup sempadannya untuk mencegah jangkitan itu masuk ke kawasan mereka.
Sehingga kini, virus itu sudah mula melangkaui zon selamat dengan mula sampai di negara-negara baharu termasuklah Azerbaijan, Mexico dan New Zealand serta Nigeria yang dilaporkan sudah mengesan satu kes.
“Kami kini sudah meningkatkan penilaian berhubung risiko penularan dan impak risiko COVID-19 ke tahap yang sangat tinggi di peringkat global,” kata Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.
Negara-negara Eropah sedang kelam-kabut untuk membendung penularan itu yang dikesan sudah bermula di beberapa negara dan ia dikatakan berpunca di satu lokasi di utara Itali. - AFP
29 Februari 2020 - 18:32
News ID: 1013983
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) memberi peringatan terhadap ancaman coronavirus COVID-19 ke peringkat tertinggi susulan kes di Korea Selatan meningkat dan kebimbangan epidemik terjadi di Amerika Syarikat (AS).